Photo de l'auteur

Zaid Ibrahim

Auteur de I, Too, Am Malay

7 oeuvres 37 utilisateurs 1 Critiques

A propos de l'auteur

Comprend les noms: Zaid Ibrahim

Œuvres de Zaid Ibrahim

Étiqueté

Partage des connaissances

Il n’existe pas encore de données Common Knowledge pour cet auteur. Vous pouvez aider.

Membres

Critiques

Selepas beberapa kontroversi yang menyentuh Istana pasca 2008 termasuk pertukaran rejim pemerintahan di Perak, isu pelantikan menteri besar Terengganu dan Perlis serta isu-isu terkini yang berkait rapat dengan institusi istana seperti isu plat nombor WWW 1 dan terkini kontroversi blog Uncle Seekers, membaca buku terbaru Datuk Zaid Ibrahim, mantan menteri dan senator ini adalah sebuah pembacaan yang menarik.

Buku ini pada asasnya ialah satu usaha perbincangan intelektual tentang kedudukan serta peranan raja-raja Melayu di Malaysia mengikut skop perlembagaan Malaysia itu sendiri. Pada masa yang sama Zaid Ibrahim membangkitkan beberapa isu yang pada beliau menunjukkan terdapat kecenderungan penyimpangan peranan tersebut terutama selepas berlakunya isu pertukaran pemerintah di Perak yang pada beliau menunjukkan bagaimana institusi tersebut telah mula bergerak ke arah yang tidak sepatutnya dari sisi perlembagaan.

Zaid Ibrahim pada masa yang sama membangkitkan juga isu-isu agama dan politik yang berkait rapat dengan peranan istitusi beraja dan mencadangkan bagaimanakah seharusnya pihak istana memainkan peranan mereka dalam kerangkan perlembagaan bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih sihat.

Sebuah buku yang bagi saya sangat menarik dan berani.
… (plus d'informations)
 
Signalé
aziz_zabidi | Dec 5, 2015 |

Statistiques

Œuvres
7
Membres
37
Popularité
#390,572
Évaluation
4.0
Critiques
1
ISBN
7
Langues
1